Penyanyi tersebut dikatakan membuat keputusan muktamad tersebut sejak awal minggu lalu.
Perkara tersebut disahkan oleh oleh bekas pengurus Zamani, Johan Aziz kepada portal hiburan MHETV (www.mhetv.my
Jelas Johan, penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Berpaling itu juga menangis kerana malu terhadap persembahannya dalam rancangan tersebut.
“Semalam dia menangis kerana malu, orang expect dia menyanyi dengan baik. Ini kejadian pertama dia kehilangan suara. Itu periuk nasi dia.
“Hari ini dia rehat, malam nanti saya akan berjumpa dengannya. Zamani ini orang yang sensitif,” kata Johan
Zamani yang menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta gagal membuat persembahan dari awal lagi ekoran kehilangan suara malam tadi.
Situasi itu menyebabkan beliau tidak diberikan sebarangan markah oleh juri dan menyebabkan dia tersingkir dalam minggu kelima ini. - UTUSAN ONLINE