Monday, 29 October 2018

[TERKINI] Mayat Pertama Nahas Lion Air JT-610 Ditemui

Pesawat Lion Air JT-610 dilaporkan hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta, Jakarta, Indonesia pada jam kira-kira 6.20 pagi tadi. Pesawat itu didakwa menuju ke destinasi Pangkal Pinang, Belitung bersama 181 penumpang dan 7 anak kapal

Menurut laporan terkini dari BH Online mendakwa pesawat itu cuba berpatah balik ke ibu negara dan mendapat kebenaran dari pejabat kawalan trafik udara, namun terputus hubungan 13 minit selepas meninggalkan lapangan terbang itu.

Menurut jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho memuatnaik sebuah video menyaksikan kesan tumpahan minyak pada permukaan lautan. Dapat juga dilihat gelongsor kecemasan, jaket keselamatan dan beberapa serpihan telefon bimbit mangsa.


Bagaimanapun, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) masih lagi giat aktif mengesan bangkai pesawat yang terputus hubungan itu.
Sementara itu, Web Flightradar memaklumkan pesawat itu cuba membuat pusingan ke selatan untuk berlepas dan menuju ke bahagian utara sebelum berakhir dan terhempas di Laut Jawa. Pesawat itu telah memohon kebenaran untuk berpatah balik ke pangkalan. Bagaimanapun, terputus hubungan 13 minit selepas mendapat kebenaran.
Sehingga jam kira-kira 3.30 petang, mayat pesawat Boeing 737 berjaya ditemui berhampiran lokasi pesawat itu terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat. Mayat ditemui oleh pasukan penyelamat BASARNAS, polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Menurut laporan Metro, mayat itu dalam proses mengenalpasti identitinya terlebih dahulu. Pihak penyelamat turut menemui pelbagai serpihan dan barangan peribadi pemilik penumpang termasuk beg tangan, kad pengenalan diri, telefon bimbit dan dokumen. Serpihan terbabit akan diperiksa di dalam kapal penyelamat yang dikerahkan dalam usaha pencarian.

No comments:

Post a Comment