Beliau menambah, maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut akan diumumkan pada minggu depan.
“Sepertimana yg diarahkan oleh (Perdana Menteri) Tun @chedetofficial (Dr Mahathir Mohamad), BR1M (yg akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri,” katanya menerusi status di akaun Twitter miliknya pada petang Sabtu.
Kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan menerima BR1M sejak awal tahun ini.
Terdahulu, kerajaan Pakatan Harapan tetap bersetuju meneruskan pemberian BR1M yang diperkenalkan oleh BN sebelum ini bertujuan meringankan kos hidup golongan berpendapatan rendah.
Dr Mahathir berkata, kerajaan bagaimanapun akan mengkaji struktur bantuan tersebut supaya tidak dilihat sebagai alat untuk memberi rasuah kepada rakyat agar menyokong kerajaan.
Kerajaan percaya hutang negara RM1 trilion dapat dikurangkan kepada kira-kira RM800 bilion.
Dalam satu temubual dengan stesen penyiar Voice of America (VOA), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menemui kaedah terbaik bagi mengurangkan hutang negara dan sedang dibincangkan dengan rakan komponen Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment